Wednesday, August 3, 2011

Semburang Yang memeningkan Kepala

Assalamualaikum W. b .t .

Tadi sewaktu aku sedang nyenyak tidur sementara nak menunggu jam pukul 7.37 pm untuk waktu berbuka bagi kawasan Pulau Pinang, Pada pukul 5 sewaktu tengah sedap tidur-tidur ayam,  Aku terdengar bunyi seperti mesin menebang pokok, maka aku pun sambung tidur semula seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun setelah 5 minit bunyi itu tidak behenti, aku merasakan seperti sesuatu yang lain pada bunyi mesin itu, iaitu bunyinya semakin kuat. Bilik yang aku tidur mempunyai tingkap dan tingkap tersebut aku buka supaya angin mudah masuk, dan selepas 5 minit tersebut, aku mendapati kepulan asap yang sangat luar biasa memasuki kedalam bilik aku dan bunyi mesin itu betul-betul di sebelah tingkap rumah aku, lantas aku bangun dan berhajat untuk memarahi orang tersebut, tapi apabila aku melihat pada baju yang dipakai oleh orang ter tertulis "KESIHATAN" maka aku pun tak jadi marah sebab depa sembur asap membunuh nyamuk. hahaha..Lawak tak?serius tak lawak..

(Bukan Pemilik Blog Yang Tulis)

No comments:

Post a Comment