Saturday, August 20, 2011

Malam Lailatulqadar


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Dalam hadis yang lain Aisyah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
  •  Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  •  Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Ciri-ciri Pasangan yang bahagia....

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang
Melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya, Muhaimin, jika aku jatuh hati,
Izikanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh  aku ke dalam
Jurang cinta nafsu.

Ya, Rabbana, jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya, agar tidak
Berpaling daripada hatiMU…

Wednesday, August 17, 2011

9 TANDA –TANDA SAAT KEMATIAN

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ...

9 TANDA –TANDA SAAT KEMATIAN


 100 hari   : Seluruh badan rasa bergegar.
 60 hari    : Pusat rasa bergerak-gerak.
 40 hari    : Daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang- kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari     : Mengidam makanan.
5 hari     : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari     : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari     : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
 1 hari     : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
Saat terakhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang  solbi ( di bahagian belakang badan)

Seelok – eloknya bila sudah merasa saat yang terakhir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan bercakap-cakap.

Monday, August 15, 2011

"biLa kAcaNG LuPaKan kULit''

Assalamualaikum w.b.t /لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ


Rasanya dah lama qaseh x "new post" kat blog, rindu pulak jari2 qaseh nie nak menaip...macam mana posa ok x??ke ada yang dah ponteng nie??hehehe...ermmm cite qaseh kali nie "bila kacang lupakan kulit" mesti korg penah dengar peribahasa tu kan??apa yang qaseh nak sampaikan ni adalah cite betul...


Masa qaseh jalan2 kat pantai, qaseh terjumpa seorang nenek tua duduk t'menung sorang2..qaseh pergi la kat nenek tu tanya dia tunggu sapa kt cni, tapi dia diam je dari raut muka dia qaseh dapat rasa yg nenek ni kesunyian....mula2 qaseh nak belah je dari situ tapi bila tengok nenek 2 qaseh x sampai ati lak jadi qaseh sembang2 la dulu dengan dia..dalam dok sembang2 kosong qaseh tanya la "nenek xda family ka??" nenek pun jawab "ada cu, nenek ada 5 orang anak semua dah berjaya dan berjawatan tinggi tapi sayang semua anak2 nenek lupa pengorbanan nenek selama besarkan diorang..nenek x kisah harta benda cuma nenek terkilan bila diorang dah berjaya lupa asal usul....sekali pun diorang x datang tengok nenek cu, kadang2 nenek rasa macam sebatang kara ja di dunia nie...nenek x marahkan diorang mungkin suatu hari nanti diorang akan lalui apa yang nenek lalui sekarang...lagipun nenek x mengharapkan apa2 belas kasihan orang selagi kuderat nenek kuat, nenek akan teruskan hidup ni cu... "  tiba-tiba sayu hati qaseh dengar kisah nenek, qaseh nampak ada titisan airmata jatuh di pipi nenek..Qaseh tak pernah ada nenek or tokwan dan qaseh x pernah rasa kasih sayang seorang tok...Disebabkan qaseh ingin rasa kasih sayang seorang nenek, qaseh ambil nenek tua itu sebagai nenek angkat qaseh now qaseh dah ada nenek, insyaAllah kalau umur panjang qaseh akan jaga nenek tu macam nenek qaseh sendiri...Tapi qaseh pelik kenapa ramai anak2 yg berkerjaya sekarang nie lebih suka hantar ibubapa mereka di rumah orang tua-tua, bagi mereka menjaga orang tua kandung sendiri menyusahkan tapi pernah tak kita fikir pengorbanan seorang ibu amat besar sejak didalam perut lagi hingga dewasa, ibu kita tidak pernah merungut sikit pun, seorang ibu boleh jaga 10 orang anak tapi seorang anak belum tentu boleh jaga ibubapanya...Kenapa bila diorang perlukan perhatian kita, kita lari dari tanggangjawab??? Sejak berjumpa dengan nenek tua itu qaseh sedar yang hidup kita umpama roda dan suatu hari nanti kita pasti akan berada di bawah kembali...



sanggup ke kita lihat mereka macam nie??

Saturday, August 6, 2011

"dia" segalanya.....

Mula2 aku kenal dengan dia hati aku happy xtahu kenapa, dia baik sangat dan selalu ambik berat tentang aku...dari situ timbul rasa cinta yang aku sendiri pasti, hubungan kami makin erat dan dia selalu berjanji akan jaga aku sampai akhir hayatnya..kami x penah gaduh besar selalunya dia akan mengalah dengan aku..biasa la aku degil cikit,hehehe time aku merajuk dia selalu kata "cyg jgn la mcm nie...cuba dgr ckp abg sama...", setiap masa dia akan sms or call aku sampaikan dia sanggup beli no line supaya mudah tuk dia call hari2...aku ingat lagi  kalau da no laki lain je dlm henset, mesti aku akn dpt sim cad baru...hahaha kadang2 tension jgk cemburu x kena tempat, yang buat aku sayang dia, tiap kali aku sakit or perlukan apa2 mesti dia ada..xpernah dia jauh diri aku....tapi setelah 2 tahun p'cintaan kami dia berubah, disebabkan seorang perempuan dia senggup pilih yang lain..emmm aku rindu semua tu tapi aku sedar semua hanya tinggal kenangan dan ia tidak akan jadi kenyataan, biar la masa yang tentukan segalanya...now genap la 2 tahun kami pisah,, aku dah happy dengan hidup aku sekarang setelah aku b'jumpa dengan "dia" semuanya berubah..."dia" buatkan aku bangkit semula dari tidur yang lama..kepada si "dia" thanks for everything.....

love u so much.......

Bulan Puasa Banyakkan Pahala...

Cepatkan masa b'lalu, pejam celik pejam celik dh masuk bulan ramadhan..nasib bek kita pejam celik nampak dunia...da yang pejam x celik2, bila dah celik nampak gelap ja rupanya "dia" duk dlm kubur dah...bulan posa ni ramai yang berebut2 nak dapat pahala 2 bagi yang dah b'umur la tp yg muda2 nie lak ramai yang berebut nak main merecun n lepak...aku pon x faham..bila time buka posa smua makanan "dia" nak sumbat, pastu mula la mengeliat mcm ular sawa sembahyang terawih pon ke mana, last2 sedap dok dalam mimpi...

         
                                       kat atas moto pon boleh tido.....

Terima Kasih

first sekali aku nak terima kasih kt sorang nie, sebab dia dah ubah suai blog aku jadi macam nie....bukan pa aku malas nak design so suruh orang len design la...haha menarik x kawan2???kalau hempa nak taw macam2 dia kata kat blog aku dulu serabut la, bising la, berat la, mcm2 lagi la...hehehe (kpd "dia" jgn mrh erk bln posa xbek mrh2 t kurang pahala..cuba cenyum cikit kn tomey..hahahaha ^_^ )

                                             
                                 cuba p tengok kat cermin sama tak??
                                                hahahahaha...

Thursday, August 4, 2011

Ayam Percik Yang Lazat

Sedang aku duduk di kerusi sambil melayari dunia maya yakni internet ini, aku terjumpa gambar ayam percik, sesekali terlintas difikiran aku betapa sedapnya ayam percik jika dapat makan untuk berbuka puasa.
Tapi walaupun begitu, diriku terasa berat untuk pergi ke pasar ramadhan membeli ayam percik tersebut disebabkan pasar ramadhan dipenuhi dengan kesesakan orang, bukannya kesesakan lalulintas. hehe..
walaupun diri ini tak dapat makan ayam percik, cukup sekadar untuk melihat gambar dan membayangkan. 
Sekian terima kasih. 
:)

Wednesday, August 3, 2011

Semburang Yang memeningkan Kepala

Assalamualaikum W. b .t .

Tadi sewaktu aku sedang nyenyak tidur sementara nak menunggu jam pukul 7.37 pm untuk waktu berbuka bagi kawasan Pulau Pinang, Pada pukul 5 sewaktu tengah sedap tidur-tidur ayam,  Aku terdengar bunyi seperti mesin menebang pokok, maka aku pun sambung tidur semula seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun setelah 5 minit bunyi itu tidak behenti, aku merasakan seperti sesuatu yang lain pada bunyi mesin itu, iaitu bunyinya semakin kuat. Bilik yang aku tidur mempunyai tingkap dan tingkap tersebut aku buka supaya angin mudah masuk, dan selepas 5 minit tersebut, aku mendapati kepulan asap yang sangat luar biasa memasuki kedalam bilik aku dan bunyi mesin itu betul-betul di sebelah tingkap rumah aku, lantas aku bangun dan berhajat untuk memarahi orang tersebut, tapi apabila aku melihat pada baju yang dipakai oleh orang ter tertulis "KESIHATAN" maka aku pun tak jadi marah sebab depa sembur asap membunuh nyamuk. hahaha..Lawak tak?serius tak lawak..

(Bukan Pemilik Blog Yang Tulis)

Blog Aisyah Berwajah baru

Assalamualaikum, Harini saya rasa sangat happy sebab berjaya ubahsuai corak blog orang lain  ni jadi corak yang lain.
Diebabkan ada orang suruh saya tukar corak blog ini, saya tukar saja apa-apa corak yang sesuai dengan jiwa saya, yang suruh tukar tu, kalau tak cantik tu jangan marah yer?sape suh tukar?tapi ok jugak tukar design ni, blog jadi ringan dan tak berat. Lagipun yang lama punya design tu, dengan ada lagu, memang membosankan untuk dengar, bagi orang yang tak suka dengar lagu tu pun terpaksa menahan telinga untuk dengar. Untuk kelihatan Professional, saya buang lagu-lagu yang jiwang tersebut. Hehe..
Ok, setakat itu sahaja ulasan untuk kali ini, yang tak rajin baca tu boleh tekan butang [X] kat belah kanan atas ok? Jangan marah bulan puasa ni :))

(Bukan Pemilik Blog Ini Yang Tulis)