Tuesday, July 26, 2011

Saat cinta bersemi

Setiap kali mata ku tertutup rapat bayangan wajahmu menjelma...
Lirikan mata mu membuatkan hati ku gelisah,
Bibir mu sentiasa di basahi dengan ayat-ayat suci Al-quran,
Nur di raut wajahmu membuatkan siapa yang memandang rasa tenang.....
Setiap kali aku ingin bicara, kau diam seribu bahasa
Hanya senyum mesra yang kau berikan
Redup mata mu mengambarkan tulusnya kasih,
Tiada ucapan manis dan kata cinta
Tapi ku percaya kau akan setia menanti ku,
Biar beribu tahun,
Akhirnya hatimu akan kembali,
Ke lubuk kasih kita.

Monday, July 25, 2011

Kata-kata semangat ( cayok-cayok)

Yakinlah kepada Tuhan,
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan
Kerana itulah fitrahnya,
atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang kita harus percaya
Ini tidak bermakna berakhir segala-galanya,
dan akhirnya kita akan muncul ditangga teratas!
Jadi biar apapun yang kita lakukan jangan mengalah,
Kita mesti teruskan usaha
Kerana apa yang menanti kita dihadapan
Tiada siapa yang mengetahui...
Kita harus percaya bahawa yang baik itu
Pasti akan menang.
dan tak lama lagi kita akan sorak gembira,
Jadi biar apa pun yang kita lakukan
Jangan penah mengalah!!