Monday, May 30, 2011

Pengalaman Pertama Interview job Kerajaan

Masa dapat2 surat panggil temuduga ari 2 bukan main excited lg nk p, date intrview 21/4/2011 perhhh mcm2 info ak cari dlm internet....kn sekarang nie semua info d'hujung jari kita jer...hahaha ak pon copy paste jela tapi haram x baca pon.hihihi biasa la budak malas nak baca buku kalau bab kira laju la tambah2 kalau pasai duit lagi cepat...^_^ hmmmm bila dah sampai due date interview, baru kelam kabut dengan borang x isi lagi, sijil tak susun and gambar hilang p mana pon x taw...mak aku pn mula la buka ceramah free,,hehehe malam tu aku pulun hafal nama2 perdana menteri, rukun negara, isu semasa n serba sikit dengan jawatan aku la...esok tu pas sembahyang subuh ak check sekali lagi kot2 la ada benda tertinggal, pukul 9.30am kami b'tolak la, ak p dgn abg ak coz dia la drver tak b'gaji...hihihi sampai dewan kul 10.30am aku pn b'atur punya panjang dekat s'tengah jam jgk la, sampai ja kat kaunter pegawai 2 cakap "adik, adik dah salah tempat ni..bilik interview cempaka sebelah sana.." huh hempa mesti taw mcm na perasaan ak time tu kn dah la penat berdiri gan panas g...dlm ati ak kata "sabar sha maybe Allah nak uji..." aku pon p kat bilik cempaka sampai ja kat c tu pegawai lain lak cakap :
"adik, mana salinan spm??"
ak jawab "ini salinan spm"
pegawai "ini bukan salinan spm tapi slip spm"
ak jawab "tak boleh ka en.?? sama ja kan results  spm  jugak...." 
pegawai "tak boleh adik, kami nak salinan spm yang asal jgk.."
aku cakap "macam nie jela en. sy g fotostat dulu.."
pegawai "yela..tapi jangan lambat sangat last interview pukul 12.00pm"
macam nak nagis ak time 2 dah la kena tunggu lama last2 depa x mau....time 2 memang aku nak balik ja tunggu pon wt sakit hati ja tapi bila fikirkan makayah, aku kuatkan semangat dengan da masa 10minit menilau cari kedai fotostat dah la ak x pandai selok belok kawasan 2...aku main redah ja janji jumpa, hempa nak taw kedai tu punya la jauh dari tempat interview macam nak putus kaki aku b'jalan, tapi alhamdulillah aku dpt jgk msuk intrview walaupun aku org yg last...hehehe bila dh masuk dlm bilik 2 mula la getar badan ak...nak taw sebab pa??apa yang aku hafal semalam abs lupa semua, mula la pening kepala nk jwb pa nie...hahaha yang aku x leh lupa sampai sekarang dia tanya menteri kita ke 6, hempa nak taw ak jwb pa....dengan penuh keyakinan ak jwb Dato' Sri Mohd Najib bin Ibrahim,,,hihihi mai mana ibrahim pon aku x taw pakai main taram ja 2..dah tu semua soalan yang dia tanya satu pun x betoi jwb.... ;p
tapi dengan izin Allah x sangka aku dapat jawatan 2...hehehe pelik knkn?? rezeki ak kot c tu kot.. *_^
tahun nie tarikh bertuah ak 21 sebab umur ak dh 21thn, aku konvo 21/3, intrview 21/4, dpt keja 21/5 n dapat sembung belajar pon 21/5...(happy)

Thursday, May 19, 2011

Indahnya Cinta

Dulu aku sering tertanya-tanya adakah kita akan bertemu dengan cinta sejati?? 
Kenapa kita perlu bercinta sedangkan kita sendiri tidak tahu apa makna cinta itu,
Setiap manusia inginkan kebahagian yang berkekalan hingga akhir hayat,
Aku selalu impikan bertemu dengan sang putera dengan senyuman mesra,
Dan perhubungan itu di akhiri dengan satu ikatan yang sah,
Tapi kenapa sering ada perbalahan untuk mencapai kebahagian.....
Alangkah indahnya cinta itu lahir dari mata turun ke hati dan sentiasa mekar,
Tidak kira masa dan tempat..
Cinta itu anugerah Ilahi yang tidak ternilai dengan wang ringgit,
Yang tidak berharga dengan harta benda, 
Dan tidak dapat dijual beli....
Biar cinta itu hadir dalam hati dan terus terpahad disanubari.

Wednesday, May 18, 2011

Jangan Mudah Percaya Janji Manis Lelaki

Kita semua pernah bercinta kan, tak kira la cinta monyet ke cinta mainan ke janji nama cinta tu pernah rasa la...hehehe saja admin nak kongsi2 cerita bukan apa sebagai pengajaran buat diri kita..Selama kita bercinta dengan seseorang tu mesti laki yang mulakan dulu??betul ke x admin tak pasti la t'serah pada yang penah rasa. Bukan admin nak cakap yang admin nie baik sangat kita setiap manusia tidak pernah terlepas dari lakukan dosa kan, Tapi kebanyakkan yang admin tengok bila time couple mesti kena pegang tangan tapi bila dah kawin dan ada anak dua tiga orang tak pulak dia pegang tangan, masa zaman cinta dulu jalan belaga bahu dah kawin sorang ke timur sorang lagi ke selatan, naik moto pon angin dah boleh lalu kalau tidak angin nak lalu pon takut sebab tak dak ruang lansung..hihihi bukan itu yang admin nak kongsi sebenarnya, admin cuma rasa pelik kenapa lelaki suka bermain dengan kata-kata indah yang mereka sendiri belum pasti akan lakukan??admin pun tak salahkan laki di luar sana mybe setengah daripada saja yang macam tu..Perempuan nie punyai sifat yang sukar di ramal kadang2 perempuan mudah termakan dengan pujuk rayu laki dan bila berdua faham2 jela mesti ada yang "ke tiga",  dan mula la operasi cari klinik buang bayi yang tidak berdosa yang belum kenal hidupan di dunia...tapi kita mudah leka semua itu sebab iman di dada belum cukup kuat untuk kita lawan hasutan syaitan yang sentiasa akan menyesatkan hidup kita.

Marilah kita berfikir sejenak sementara jantung kita masih berdegup.. ^_*

Wanita Ibarat Bunga



Wanita ibarat Bunga...
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya,,,
Kerana akhlak itu umpama bunga diri...
Tidak guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk
Tidak guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Ibarat Bunga
Ada yang cantik bila di pandang tetapi busuk baunya,
Ada juga yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan,
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, Ternyata amat tinggi nilainya......

Tawakal Kepada Allah s.w.t Adalah Jalan Terbaik

Bila engkau letih & hilang Semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,
Allah telah mengira titisan airmatamu.

Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu.
Bila engkau kebuntuan akal,
Maka Allah adalah penujuk jalan....
Apabila engkau telah berazam,
Maka bertawakallah kepada Allah

Sesungguhnya Tawakal adalah jalan yang Terbaik

Ketika Malaikat Datang


Ajal Yang Datang Dibuka Pintu
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Yang Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Hafas Terhenti,
Tiada Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup Sekali Jasadku Untuk Mengulangi......


(لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللَّÙ‡ُ ، Ø¥ِÙ†َّ Ù„ِÙ„ْÙ…َÙˆْتِ سَÙƒَرَاتٍ (رواه البخاري  

Tiada Tuhan Yang berhak diibadahi selain Allah. Sesungguhnya kematian itu disertai oleh rasa pedih.” Riwayat Imam Bukhari.

Tuesday, May 17, 2011

Airmata seorang insan...



Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi,
Biarkan kekecewaan itu berlalu, agar kegembiraan mewarnai,
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat
Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita menjana semula...
Biarkan diri derita, agar ku tahu kepahitan derita ini,
Agar ku sedar kesengsaraan ini...
Tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan 
Rasulullah s.a.w
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya
Tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.......

Dari 'Aisyah a.s, dari nabi a.s beliau bersabda; "Orang yang paling dibenci oleh Allah s.w.t adalah orang yang paling suka bermusuhan." (al-Bukhari)

Madah Cinta



Yang dicari walaupun bukan Putera Raja, biarlah Putera Agama
Yang diimpi biarlah tidak punya rupa, Asalkan sedap dipandang Mata
Yang dinilai bukan la sempurna sifat Jasmani, Asalkan sihat Rohani sempurna Hati
Yang diharapkan bukan jidah pada Semangat, Asalkan perjuangannya ada Matlamat
Yang datang tidak perlu Rijal yang Gemilang,
Kerana ana serikandi dengan silam yang Kelam,
Yang dinanti bukan lamaran dengan Permata, Cukuplah Akad dan Janji Setia
&
Yang akan terjadi andai tidak sama kehendak dihati,
ana redha dengan ketetapan Ilahi
Itulah ketentuan sejak Azali....

Monday, May 16, 2011

Lelaki dan Wanita saling Memerlukan


Wanita tidak di jadikan dari ubun-ubun lelaki untuk dipuja dan dipuji
tidak pula di jadikan dari telapak kaki untuk dihina atau dikeji
tertapi di jadikan dari tulang rusuk kiri yang dekat dengan tangan untuk dilindungi
dan dekat dengan hati untuk disayangi

WaNiTa adalah SeInDaH HiaSaN adalah WaNiTa SoLeHa

Sunday, May 15, 2011

Gadaikan Maruah kerana wang..

Cinta itu satu Anugerah yg tak t'nilai dengan wang ringgit...tapi ramai yg salah anggap bahawa cinta perlukan wang, betul ke tak terserah kepada individu itu sendiri....
Kita penah baca kisah Nabi Adam as dengan Hawa, tapi kenapa kita x boleh jadi macam kisah cinta mereka??adakah kita hanya manusia biasa??
Ya, kita memang manusia biasa yang penuh dengan hawa nafsu yang lebih kuat daripada iman yang ada dalam diri kita sejak kita lahir..kenapa kita akan lemah bila diri kita digoda oleh iblis laknatullah!! sedangkan kita tahu bahawa iblis itu adalah musuh kita yang nyata. 
Berkata iblis laknatullah: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat." 
terlalu ramai gadis di kota terpaksa gadaikan maruah untuk mencari kekayaan sedangkan mereka lupa hidup ini hanya la pinjaman sementara yang pasti kita akan bertemu di padang mahsyar..

Renung-renungkan dan selamat beramal =)



Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu. 

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.   
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. 


Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima : 

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur." 

Tip Pelajar Cemerlang



CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI TINGGI


1)dia ingin pergi ke sekolah  awal pada setiap hari.

2)pada masa lapang dia menjalankan aktiviti berfaedah. cth, pergi perpustakaan.

3)dia suka membaca dan gemar belajar.

4)dia menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran dan bukannya beban.

5)dia sentiasa menyiapkan kerja rumah.

6)dia sentiasa melibatkan diri dlam kelas dan sentiasa bertanya kepada guru.

CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI RENDAH

1)dia tidak suka belajar dan pergi sekolah.

2)dia tidak suka membaca dan benci jika ada ujian atau peperiksaan.

3)dia mendapati mata pelajaran yang dipelajari membosankan.

4)dia tidak ingin menjawab atau bertanya dalam kelas.

5)dia jarang mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.

6)masa lapangnya diisi dengan aktiviti bermain dan membuang masa.